Nissan X-Trail kini lebih kemas dan sporti dengan aksesori IMPUL

2714

Bagi menyerlahkan lagi penampilan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini memperkenalkan Nissan X-Trail yang kini dilengkapi dengan aksesori IMPUL.

Nissan X-Trail IMPUL

SUV ini dilengkapi dengan aerokit lengkap IMPUL dengan spoiler bampar Aero hadapan dan belakang dua tona, kemasan Gril V-Motion berwarna hitam berkilat, skirting sisi dan spoiler belakang.



Rim 18” IMPUL Aura SX-50 turut disertakan bersama dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6. Dan untuk prestasi pengendalian lebih mantap, X-Trail ini turut mendapat spring sport IMPUL.

 

Print

Ruangan kabin SUV ini telah dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan.

Print

Pakej Nissan X-Trail IMPUL baharu ditawarkan pada harga RM11,000 serta boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Harga adalah seperti berikut:

Nissan X-Trail IMPUL

Nissan X-Trail IMPUL baharu dipasang di kilang dan hadir bersama jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sementara jaminan untuk aksesori pula adalah selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

SUV ini akan membuat penampilan di beberapa buah bilik pameran Nissan terpilih sempena karnival Nissan X-Trail Talaan Impul mulai 18 Julai 2020, dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here