Nissan GT-R (2025) lancar di Jepun, bakal jadi Godzilla terakhir?

107

Nissan memperkenalkan GT-R (2025) di Jepun dan penghantaran kereta sukan tersebut akan bermula pada Jun.

Perubahan mekanikal hanyalah pada model Premium Edition T-spec dan Track Edition yang mana mewarisi peralatan dari Nismo Special Edition. Ia melibatkan penambahan ring piston berat seimbang, rod penyambung dan aci engkol.

Bahkan, Nissan turut memasang plat aluminium dengan nama jurutera ‘Takumi’ yang membangunkan enjin dan plat emas pada bahagian enjin. Premium Edition kini boleh ditempah menerusi pilihan warna kabin Blue Heaven.



Laporan terbaru oleh penerbitan Jepun Mag X menyatakan ketersediaan Nissan GT-R akan dihadkan kepada 1,500 unit. Bagaimanapun, ia masih belum disahkan secara rasmi oleh Nissan.

Nissan GT-R didatangkan dengan enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 565hp (standard) dan 600hp (Nismo).

 

Model 2025 itu menyaksikan peningkatan harga berbanding tahun lalu yang mana bermula dari JPY 14,443,000 (RM457,228) bagi model pengenalan asas GT-R Pure Edition dan versi tertinggi JPY 30,613,000 (RM969,127) bagi GT-R Nismo Special Edition.

Sebelum ini, Nissan mempertontonkan model konsep Nissan Hyper Force elektrik di Pameran Mobiliti Jepun yang mirip dengan GT-R.
 

 

Walaupun kelihatan ganas, Hyper Force dianggap sesuai untuk pengeluaran dengan bayangan ia bakal tiba pada penghujung dekad.
 
Selain itu, Nissan GT-R (2025) dikhabarkan sebagai versi terakhir generasi R35 yang wujud sejak 2007.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here