Honda dan Nissan bergabung tenaga harungi perlumbaan EV

145

Nissan dan Honda mengumumkan bakal bekerjasama dalam membangunkan kenderaan elektrik dan teknologi pintar auto, sektor yang mana pengeluar automotif Jepun ketinggalan. 

Ketua Eksekutif Nissan Motor Co. dan Honda Motor Co. hadir bersama-sama pada sidang akhbar di Tokyo Jumaat lalu bagi mengumumkan pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun itu akan bekerjsama bagi meneroka bidang yang berpotensi. 



Butiran perjanjian tanpa ikatan itu masih diusahakan, kata kedua-dua pihak. Para eksekutif berkata syarikat akan membangunkan teknologi teras bersama-sama, tetapi produk mereka akan kekal berbeza.

Ketua Eksekutif Nissan, Makoto Uchida menegaskan bahawa kepantasan adalah penting bagi syarikat dalam membangunkan penyelesaian teknologi.

“Kami tidak mempunyai masa. Penting bahawa kami telah mencapai persetujuan ini berdasarkan persefahaman bersama bahawa Honda dan Nissan menghadapi cabaran bersama,” katanya. 

Presiden Honda, Toshihiro Mibe berkata syarikat tersebut berkongsi nilai yang sama dan boleh mewujudkan sinergi dalam menghadapi persaingan yang mencabar.

Pembuat kereta dunia sedang beralih dengan pantas ke arah kenderaan elektrik (EV) dengan memfokuskan bateri serta motor dan bukannya enjin gas. Ini susulan kebimbangan pelepasan emisi dan perubahan iklim yang semakin meningkat.

KETINGGALAN JAUH DENGAN TESLA DAN BYD

Namun, pembuat kereta Jepun ketinggalan di belakang pesaing seperti Tesla dari Amerika dan BYD dari China dalam membangunkan EV, daripada segi sejarah sebahagiannya begitu berjaya dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sementara itu, Toyota Motor Corp. pembuat kereta terbesar dunia kekal dengan keputusan bahawa dunia masih belum bersedia kepada peralihan EV sepenuhnya.

Ini kerana kekurangan infrastruktur pengecasan, dan sebaliknya memfokuskan  hibrid yang dilengkapi ICE sebagai tambahan kepada sebuah motor elektrik.

Tetapi Toyota juga dijangka akan melakukan penghantaran EV secara agresif pada tahun-tahun mendatang.

Manakala, Nissan mendahului dalam kalangan pembuat kereta Jepun kerana syarikat itu antara pertama yang mengeluarkan EV menerusi Leaf yang mula dijual pada akhir 2010.

Jangkaan tinggi bagi perjanjian Nissan-Honda dicerminkan dalam kenaikan mendadak harga saham kedua-dua syarikat pada Khamis selepas laporan media Jepun melaporkan kedua-duanya bakal menjalankan kerjasama. 

Saham kedua syarikat terus meningkat pada Jumaat, dengan Nissan mencatatkan peningkatan 3.2 peratus pada Jumaat dan Honda meningkat 1.7 peratus. Perjanjian itu diumumkan selepas dagangan ditutup di Tokyo.

Pihak eksekutif berkata tiada pemilikan modal bersama terlibat dalam perjanjian itu buat masa ini, tetapi syarikat mungkin melihat kemungkinan tersebut pada masa depan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here