Hari-hari kita jumpa… Ini dia sejarah kemunculan lampu isyarat

4327

Sebelum sesuatu kenderaan bergerak di jalan raya, lalu lintas mestilah dikawal terlebih dahulu bagi mengelakkan kemalangan dan memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar.

sejarah kemunculan lampu isyarat

Oleh itu, peranan lampu isyarat sangat penting untuk memastikan aliran lalu lintas yang baik. Sistem lampu isyarat sekarang telah berkembang jauh dari lampu isyarat yang pertama kali diperkenalkan.



Disini kami akan menceritakan tentang sejarah terciptanya lampu isyarat.

10 Disember 1868

Lampu isyarat gas pertama kali digunakan di kawasan Dewan Parlimen di London. Ianya dicadangkan oleh seorang jurutera keretapi Britain iaitu J.P Knight, bertujuan untuk mengawal lalu lintas kereta kuda.

Lampu isyarat gas ini dikendalikan secara manual oleh seorang pegawai polis. Pada waktu malam, lampu merah dan hijau yang dinyalakan menggunakan gas akan digunakan. Lampu ini juga sangat bahaya kerana kadangkala ia akan meletup dan mencederakan anggota polis yang mengawalnya.

Tahun 1912

Lampu isyarat telah diletakkan di atas menara di Paris, yang terletak di Rue Montmartre dan Grande Boulevard. Lampu isyarat ini dihasilkan menggunakan logam yang berbentuk segi empat, dimana perkataan ‘berhenti’ dicat dengan warna merah dan perkataan ‘go‘ dicat dengan warna putih.

Tahun 1914

Ketika keadaan lalu lintas semakin sesak, seroang pegawai polis dari Amerika Syarikat iaitu Lester Wire telah mencipta lampu isyarat elektrik buat kali pertama. Ianya pertama kali digunakan dan dipasang di Cleveland, Ohio pada 5 Ogos 1914.

Tahun 1917

Sistem isyarat lalu lintas yang saling berkaitan pertama kali dipasang di Salt Lake City, Amerika Syarikat dengan enam persimpangan yang disambungkan dikawal serentak dari suis manual.

Tahun 1920

William Potts, seorang pegawai polis di Detroit, Amerika Syarikat mencipta lampu isyarat empat arah dan tiga warna pertama. Dia telah memperkenalkan lampu bewarna kuning sebagai amaran lampu hijau akan bertukar ke lampu merah.

Detroit merupakan bandar pertama di dunia yang menggunakan lampu isyarat empat arah dan tiga warna.

Tahun 1923

Garrett Morgan, pemerintah Amerika Syarikat pada ketika itu telah mendapat hak paten untuk lampu isyarat elektrik.

Beliau yang mempunyai syarikat mesin jahit di Cleveland telah menyaksikan satu kemalangan yang mengerikan, lalu berusaha menghasilkan lampu isyarat automatiknya. 

Tahun 1928

Charles Adler Jr. telah menaik taraf lampu isyarat yang digerakkan secara sonik. Untuk mengoperasikannya, pemandu kenderaan yang berhadapan lampu merah perlu membunyikan hon untuk mengubahnya menjadi lampu hijau. 

Dipasang di Baltimore, Amerika Syarikat, ia merupakan sistem isyarat lalu lintas pertama digunakan di Amerika Syarikat dan menjadi asas kepada isyarat lalu lintas moden.

Alder juga telah mencipta butang tekan pejalan kaki, yang juga pertama kali dipasang di Baltimore. 

Tahun 1950

Pengesanan berkomputer telah digunakan dalam lampu isyarat. Plat tekanan diletakkan di persimpangan jalan supaya sistem komputer tahu bahawa sebuah kereta sedang menunggu lampu merah.

Tahun 1960

Seiringan dengan sistem komputer yang bertambah baik, sistem lampu isyarat juga disertakan dengan sistem pemantauan lalu lintas dan sistem penukaran lampu yang lebih baik.

Tahun 1990

Sistem countdown telah pertama kali diperkenalkan kepada lampu isyarat untuk membantu pejalan kaki mengetahui sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk melintas jalan sebelum lampu isyarat berubah warna.

Tahun 2010 hingga kini

Sesebuah kenderaan dapat berkomunikasi dengan isyarat lalu lintas dan kenderaan yang lain. Sistem ini dapat meningkatkan kelajuan, masa, dan kecekapan ketika sesebuah kenderaan berada di persimpangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here