PKPB Selangor: 8 sekatan jalan raya ditambah di lebuh raya PLUS

2076

Sebanyak 8 lagi tambahan Sekatan Jalan Raya (SJR) telah diadakan oleh pihak berkuasa di lebuh raya PLUS susulan pelaksanaan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17 SJR.

sekatan jalan raya plus

Tambahan 8 lagi lokasi SJR di plaza tol sepanjang lebuh raya PLUS di Rawang, Tanjung Malim, Bukit Raja, Kajang, Bangi, USJ, Putra Heights dan Bandar Saujana Putra.



Semalam, sebanyak 9 SJR telah dibuka di beberapa laluan di lebuh raya PLUS iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung,  Lembah Beringin, Shah Alam dan Seafield.

PLUS terus menasihatkan orang ramai supaya kekal berada di rumah kecuali untuk urusan kerja.

Ini bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dan bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, bagi membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here