Mencuri dan memandu bas, budak lelaki 11 tahun ini dikejar puluhan kereta peronda polis

1834

Seseorang individu mestilah melepasi had umur yang telah ditetapkan untuk memandu sesebuah kenderaan. Namun, ada saja pemandu yang berani memandu sesebuah kenderaan walaupun tidak melepasinya.

Baru-baru ini, tular kisah seorang budak lelaki berusia 11 tahun dengan berani mencuri dan memandu sebuah bas sekolah. Kejadian difahamkan berlaku pada waktu pagi hari Ahad, 11 Oktober di Louisiana, Amerika Syarikat.



budak memandu bas

Pada mulanya, budak lelaki tersebut dikatakan mencuri bas yang diparkir di kawasan Progress Head Start, sebelum memandu menuju ke arah bandar.

Bas yang dilengkapi dengan ciri push start itu juga tidak dikunci dan difahamkan bukan dimiliki oleh sekolah daerah, namun dimiliki secara persendirian. 

Menyedari kejadian tersebut, pihak polis bertindak mengejar bas sekolah tersebut menggunakan kereta peronda. Berdasarkan video yang tular, bas sekolah tersebut dilihat dipandu secara melulu tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain dan melanggar lampu isyarat.

Setelah 30 minit, mereka berjaya menangkap budak lelaki tersebut selepas bas yang dipandunya terbabas dan melanggar sebuah pokok. Tiada kemalangan dan kecederaan difahamkan berlaku.

Beberapa saksi kejadian berkata budak lelaki tersebut kelihatan ‘tenang’ selepas diarahkan oleh pihak polis untuk turun dari bas.

Disebabkan kejadian tersebut, budak lelaki berkemungkinan tidak akan dimasukkan ke dalam penjara namun akan didakwa diatas pelbagai kesalahan termasuk mencuri kenderaan dan kerosakan harta benda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here