Pemandu Perodua Myvi dikenakan penjara 6 tahun dan denda RM8,000

3200

Mahkamah Majistret Johor Bahru sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 terhadap pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu.

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan itu selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.



Pada masa sama, Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan membabitkan tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Nur Fatin kini turut sedang menjalani prosiding atas pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.

Pada Sabtu lalu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.

Kemalangan pada 9 pagi itu membabitkan kereta Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan dengan kereta Honda Accord dan Proton Iswara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here