Lori tangki bawa cecair petroleum terbabas, laluan arah selatan ditutup

625

Semua lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan dari laluan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan sebuah treler muatan cecair petroleum yang terbabas di bahu jalan.

Penutupan itu juga dibuat bagi kerja pembersihan berikutan kebocoran yang disebabkan kemalangan di KM265 arah selatan.



Setakat jam 9.29 pagi ini, Plustrafik dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan, laluan kontra diaktifkan dengan trafik perlahan KM3.5 arah selatan manakala kenderaan perlahan 2KM arah utara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Shahrudi Muhamad Halil berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 6.17 petang semalam.

Kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan 27,000 liter bahan bakar berisi petrol dan diesel yang terbabas ke bahu jalan.

“Pemindahan cecair petroleum telah dilakukan ke tangki treler lain. Kerja-kerja pengalihan lori sedang dilakukan dengan bantuan kren.

“Operasi turut melibatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Tapah,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here