Trak Bomba pertama buatan Gaza, disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan.

1026

Dengan kerjasama NGO, Cinta Gaza Malaysia bersama-sama MyAqsa Defenders serta Pertahanan Awam Palestin kini akhirnya memiliki trak bomba pertama buatan tempatan.

Trak Bomba  berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza dan berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan.



Menerusi posting yang dimuat naik oleh Nadir Al-Nuri di laman Facebook rasminya, menurut mereka trak berkenaan kini telah bersedia untuk beroperasi di lapangan.

“Fire-truck pertama buatan tempatan, di Palestin bersedia untuk berkhidmat di bumi Gaza. Memang seram sejuk apabila melihat video trak ini beraksi mashaAllah.
 
“Tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini dalam khidmat kita kepada bumi yang telah dikepung ini.
 
“Alhamdulillah hari ini sejarah sekali lagi tercipta, kerana memang sejarah ditulis oleh tangan-tangan kita sendiri melalui perancangan yang teratur dan berkesan.
 
“Trak pertama sumbangan MyAqsa Defenders ini akan melalui fasa percubaan dan sekiranya melepasi tempoh tersebut, 4 buah trak lagi akan dihasilkan sumbangan Cinta Gaza Malaysia pula,” tulisnya.
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here