Tidak sedar air laut pasang, Mazda CX-5 nyaris hanyut

1442

Tiga pengunjung Pantai Temalah, Sedili Besar berdepan detik cemas apabila kenderaan Mazda CX-5 yang dinaiki hampir dihanyutkan ke dalam laut ketika sedang bersiar menyusuri pantai itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata kereta berkenaan dinaiki seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Sarawak dan seorang wanita Cina.



“Kejadian berpunca daripada air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa tidak menyedari kejadian air pasang kerana terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Ketua Polis Kuala Sedili, Sarjan Mejar Saidon Hadzri Abu Hassan bersama dua anggota dibantu dua penduduk Tanjung Sedili dengan segera telah pergi ke lokasi kejadian.

“Tindakan dan usaha dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut ditenggelami air dengan ditarik keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk ke atas daratan di kawasan pantai tersebut,” katanya. 

Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

“Pihak polis menasihati orang ramai yang datang berkunjung untuk beriadah secara persendirian, berkeluarga atau berkumpulan di kawasan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Sedili sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan.

“Sentiasa berwaspada bagi menggelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here