Hampir hanyut dibawa kepala air gara-gara ingin selamatkan kenderaan

1752

Semalam tular di TikTok menunjukkan beberapa individu hampir hanyut dibawa kepala air kerana ingin selamatkan kenderaan mereka.

Kejadian yang berlaku di Lata Payung, Ulu Kasar, Terengganu itu dikongsi pengguna TikTok @jejan_jeebear dan mendapat 250,000 lebih tontonan.

@jejanjeebear

kejadian ulu kasar setiu sebentar tadi allahukbar #ulukasarsetiu

♬ original sound – jejan_jeebear – jejan_jeebear



“Keadaan terlalu pantas saya dari Kuala Terengganu berkelah kat situ alhamdulilah semua selamat cuma kereta je dibawa arus,” kongsinya.

Menurut Sinar Harian, kejadian yang dipercayai beraku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan enam kenderaan ditenggelami air manakala dua buah Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata sebaik tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati empat kenderaan yang ditenggelami air adalah  Perodua Alza, Proton Wira, Perodua Axia dan Perodua Myvi.

@abg..q

Kejadian kepala air atau air pasang di Ulu Kasar 2/9/2022 semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan #viralvideo #kamisempoi #gengpakcikketiak

♬ original sound – velyndry – velyndry

“Kesemua mangsa yang terselamat terdiri daripada tujuh lelaki dan 12 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan.

“Difahamkan, enam kenderaan yang dibadai kepala air itu diparkir di tebing sungai di kawasan perkelahan berkenaan,” jelasnya.

Seramai 17 anggota daripada BBP Setiu dan BBP Kuala Nerus bersama dua jentera, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat kira-kira jam 5.30 petang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here