Utama Berita Automotif IPD Hulu Terengganu cipta bot amfibia bernilai RM10,000

IPD Hulu Terengganu cipta bot amfibia bernilai RM10,000

1074

Sering berdepan bencana banjir, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mencipta bot amfibia.

Bot yang dinamakan sebagai Amfibia Qber II itu boleh digunakan di darat mahupun air bagi menyelamatkan mangsa ketika musim banjir.
 
 
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia merupakan produk inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) terbaharu IPD Hulu Terengganu yang lebih praktikal untuk digunakan di kawasan kampung dan laluan sempit kerana saiznya lebih kecil.
 

“Hulu Terengganu kawasan yang kerap dilanda banjir saban tahun dan sebelum ini produk yang pertama terlalu besar berbanding ini lebih praktikal.

 
“Kalau yang dulu ditarik oleh Hilux, kenderaan besar, tapi tak praktikal bagi setengah kampung yang tidak boleh dilalui oleh Hilux.
 
“Ketika situasi memerlukan, ATV digunakan untuk menarik bot amfibia ini yang lebih kecil, ia lebih pratikal,” katanya. 
 
Bot berkenaan memgambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dengan kos lebih RM10,000 dan mampu membawa enam penumpang pada satu masa.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here