75 peratus kapal TLDM sudah ‘berusia’, perlukan kapal perang dan peronda baharu

1096

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan kapal perang dan kapal peronda baharu kerana 75 peratus daripada  aset sedia ada sudah ‘berusia’.

Kegagalan memperoleh kapal baharu dalam jumlah dikehendaki menyebabkan TLDM terpaksa segera melakukan ‘proses kitar semula’ atau program memanjangkan hayat kapal sedia ada.



Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Ajis berkata, semakan mendapati 75 peratus daripada 44 kapal milik pasukan tersebut ketika ini sudah berusia lebih 40 tahun dan ada antaranya melebihi 50 tahun.

“Misalnya, kapal peronda laju yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun, dalam erti kata kapal TLDM sudah lebih usia,” katanya.

Tempoh operasi kapal yang panjang mengkehendaki TLDM sentiasa melakukan proses penyelenggaraan dengan segera berikutan keadaan kapal dimiliki ‘agak berumur’.

Sebagai contoh, KD Lekir yang baru pulang dari RIMPAC perlu melalui proses penyelenggaraan singkat untuk persediaan misi operasi lain.

Jelasnya, TLDM ketika ini  memerlukan kapal baharu dengan bilangan yang mencukupi kerana kuantiti sedia ada bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga berusia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here