Pemilik Polestar 2 terkejut perlu bayar sekali ganda harga kereta ganti bateri baharu

1240

Pemilik kenderaan elektrik, Polestar 2 di China terkejut apabila perlu membayar sejumlah harga yang tinggi bagi menggantikan bateri baharu.

Jenama hasil kerjasama Volvo dan Geely itu dikeluarkan di China pada harga bermula daripada ¥298,350 (RM194,100). 



Pemilik, Huang membawa keretanya ke wakil jualan untuk baikpulih dan perlu membayar  ¥540,000 (RM351,313) bagi bateri baharu iaitu lebih sekali ganda harga Polestar 2.

Komponen dua motor perbatuan jarak jauh tersebut rosak selepas terlibat dalam kemalangan. Pek bateri itu kemek ke dalam dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Menurut CN EV Post yang memetik sumber tempatan China, mereka menghubungi Polestar untuk mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Polestar, kadar caj sebenar ialah ¥400,000 (RM260,231) dan kemungkinan Huang dikenakan bayaran untuk pembaikan lain yang diperlukan.

Sebagai perbandingan, harga bateri baharu pengeluar EV China lain jauh lebih murah berbanding nilai yang perlu dibayar oleh Huang:

  • Xpeng P7 (pek bateri 80 kWh) – ¥110,000  (RM71,563)
  • Xpeng P5 (pek bateri 60 kWh) – ¥90,000  (RM61,805)
  • Xpeng G3 (pek bateri 50.5 kWh) – ¥85,000  (RM55,299)
  • Li ONE (pek bateri 37.2 kWh) – ¥70,000 (RM45,540)

Di Amerika Syarikat, kos pek bateri baharu bagi Tesla Model 3 sekitar AS20,000 (RM89,780) sementara Model S melebihi AS30,000 (RM134,670).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here