Jualan kombo Yamaha RX-Z Catalyzer nombor plat ’24’, harga RM160k

2375

Sebelum ini, kami pernah melaporkan jualan sebuah Yamaha RX-Z berwarna biru di akaun Facebook NA Blasting, Tyres & Services bernilai RM180,000. 

Jualan yang tinggi tersebut kebarangkalian kerana motosikal tersebut menggunakan nombor plat satu angka. 



Menariknya, akaun Facebook yang sama sebenarnya turut memuatnaik jualan kombo Yamaha RX-Z Catalyzer dengan nombor plat 24 pada harga RM160,000.

“Jualan combo dua biji, motor tahun 2007-2008 original sepenuhnya,” tulisnya.

Yamaha RX-Z dijana oleh enjin 135cc 2-lejang yang menghasilkan kuasa 4.2PS @7,500rpm dan tork 12Nm @ 6,500rpm. Di awal kemunculannya ia didatangkan dengan transmisi 5-kelajuan sebelum dinaiktaraf kepada 6-kelajuan.

Selain itu, RX-Z berkenaan juga menggunakan rim sport AR125/KH100 asli. Perkongsian itu mendapat pelbagai respons daripada netizen yang mana kebanyakan daripada mereka ingin menukar dengan sebuah rumah mahupun tanah.

“Saya ada tanah di belakang ni tetapi keluasan tujuh kaki panjang tiga kaki lebar boleh serap tak?, dapat sebiji pun jadi lah…”

“Demo dok kena bare boh..esok lusa adele up buyer datang bawa duit bergambar.”

” Satu kesan calar, tolak 5k..on x on.”

“RM160k, baik beli lori satu, bulan-bulan dapat juga income.” 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here