Polis cari pemandu Proton Wira Aeroback TAC 5688

1614

Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen di 83.4KM Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.

Kenderaan berwarna perak dengan nombor pendaftaran TAC 5688 itu berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.



“Setakat ini, pemandu belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan kita sedang meneliti serta menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri yang memandu atau individu lain menggunakan kenderaan ketika kejadian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kenderaan itu diminta menghubungi Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Shamsudin, 46, meninggal dunia sementara Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here