Perodua Alza terima 51,000 tempahan, baru 7,682 unit didaftarkan pada Julai dan Ogos

1424

Pendaftaraan kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42% pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka itu demi mengurangkan masa menunggu pelanggan.



Menurutnya, Perodua juga mencapai tahap pengeluaran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah itu membolehkan pihaknya meningkatkan pendaftaran modelnya.

“Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.”

“Perodua Alza Baharu pula menerima 51,000 tempahan setakat ini. Kami pula sudah mendaftar 7,682 unit pada bulan Julai dan Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua pada Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal kami, namun isu itu sudah diatasi pada masa ini.

Sementara itu beliau berkata, Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. 

Menurutnya, pada masa yang sama, Perodua dan syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here