Zurich dan Plus perkenalkan Z-ProMiles Takaful kepada ahli PLUSMiles

656

Zurich Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama bagi memperluaskan perlindungan mobiliti jalan raya melalui penawaran perkhidmatan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS.

Langkah itu adalah sebahagian daripada inovasi Zurich untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan ketika dalam perjalanan melalui pelan-pelan takaful yang direka khusus. Produk pertama yang diperkenalkan di bawah kerjasama Zurich dan PLUS ini ialah Z-ProMiles Takaful. 



Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful, Shamsul Azman berkata, Z-ProMiles Takaful ditawarkan kepada ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) yang menyediakan Faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta sekiranya pelanggan memerlukan perlindungan tambahan semasa dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya PLUS. 

Menurutnya, manfaat itu adalah tambahan kepada manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan.

Katanya, Z-ProMiles Takaful mudah diakses dan menyediakan perlindungan semasa dalam perjalanan yang membolehkan pelanggan Lebuhraya PLUS yang juga ahli PLUSMiles untuk memilih pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan belanjawan mereka. 

“Setiap nyawa amat berharga. Banyak nyawa dipertaruhkan di jalan raya setiap hari, dan perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan melindungi diri dan orang tersayang selain berhati-hati ketika dalam perjalanan.

“Sebagai pengguna jalan raya, kami memahami kegusaran pelanggan jika berlaku kejadian yang tidak diingini ketika berada di jalan raya. Perlindungan kenderaan bermotor adalah pelan jaminan bagi mod pengangkutan kita, tetapi kebanyakan orang tidak dilindungi daripada kejadian yang tidak dijangka seperti apabila berlakunya kerosakan kenderaan di lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, kerjasama itu melengkapkan usaha pihaknya untuk menjadikan lebuh raya kami lebih selamat dan ianya akan memanfaatkan rakyat Malaysia.

“Keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan kami. Kami sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan nilai tambah bagi membolehkan perjalanan yang selesa ketika di lebuh raya kami. 

“PLUS berpegang kepada prinsip keselamatan jalan raya 3E kami, iaitu Engineering, Enforcement and Education (Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan). Pada masa yang sama, kami sentiasa mencari rakan strategik dan usaha sama bagi membantu meningkatkan nilai kepada pelanggan kami,” katanya.

Untuk memohon perlindungan Z-ProMiles Takaful, pelanggan Lebuhraya PLUS boleh mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui Aplikasi PLUS atau layari portal https://pluscare.plus.com.my dan sertai pelan perlindungan Z-ProMiles Takaful.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here