Pemilik mahu lepaskan Yamaha RX-Z nombor plat tunggal pada harga RM180k

10508

Sebuah akaun Facebook NA Blasting, Tyres & Services memuatnaik jualan sebuah Yamaha RX-Z berwarna biru.

Menariknya motosikal yang kini bernilai harga kayangan itu menggunakan nombor plat tunggal (2) dan merupakan model tahun 2009.



“For sale, moto tahun 2009, nombor plat 2, motor original sepenuhnya, rim sport GTO cat semula, berminat boleh roger,” tulisnya.

Bagaimanapun harga yang diletakkan tidak masuk akal apabila pemilik ingin melepaskan jentera berkenaan pada harga RM180,000.

Jika diperhatikan tren jualan RX-Z yang pernah tular, harga motosikal berkenaan sekitar RM50,000 sehingga RM70,000. Berdasarkan imej yang dikongsi itu, model yang ingin dilepaskan merupakan Yamaha RX-Z Catalyzer. 

Yamaha RX-Z dijana oleh enjin 135cc 2-lejang yang menghasilkan kuasa 4.2PS @7,500rpm dan tork 12Nm @ 6,500rpm. Di awal kemunculannya ia didatangkan dengan transmisi 5-kelajuan sebelum dinaiktaraf kepada 6-kelajuan.

Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, ada yang menganggap sebut harga tersebut tidak masuk akal selain mengandaikan sebenarnya pemilik tidak berniat untuk menjual motor berkenaan.

“Swap dgn lori Scania g410 nak tak, double axle full auto, free gift treller 40 kaki.”

“Wow jarang berlaku datang dengan harga mampus milik..”

“Swap tanah kebun sawit..77 hektar.”
 
“RM180k baik ambik Panigale.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here