Dicekup ketika tarik naik bubu naga

438

Dua nelayan asing bukan sahaja kempunan tidak meraih hasil laut malah dicekup menggunakan bubu naga haram di perairan Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, Kuala Selangor, semalam.

Kedua-dua lelaki warga Indonesia berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor ketika menaikkan bubu berkenaan, pukul 12.45 tengah hari.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan menerusi risikan berkaitan kehadiran sebuah bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, kira-kira 3 batu nautika barat daya Bagan Tengkorak.



Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati dua nelayan itu masing-masing tiada dokumen pengenalan diri sah dan tamat tempoh.

“Kita turut menemui lima bubu naga di bot berkenaan tanpa sebarang tangkapan ikan. Dua lelaki bersama bot dan bubu bernilai RM350 dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here