Tesla buka pejabat di Malaysia, ini komen Menteri Perlaburan Indonesia..

1570

Sebelum ini, Tesla disahkan akan membuka ibu pejabat, Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla dan rangkaian stesen cas supercharge di Malaysia.

Bagaimana respons negara jiran yang sudah lama menarik pelaburan jenama kenderaan elektrik (EV) tersebut ke Indonesia.



Alihnya, Elon Musk memilih Malaysia bagi pembukaan pejabat. Di Indonesia, pemerintah menawarkan insentif kepada pengeluar EV Amerika itu, bermula daripada cukai yang rendah hingga konsesi untuk melombong nikel.

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan bersuara berkaitan isu berkenaan. Beliau menjelaskan keputusan tersebut bukanlah satu masalah.

“Kan kantor di mana aja boleh dibangun,” katanya.

Ketika disoal pelaburan Tesla di Indonesia, Luhut masih optimis. 

“Kita masih tetaplah, masa enggak.

“Ya nanti tunggulah. Kalau nanti Isnin diumumkan mengenai atau minggu depan diumumkan mengenai insentif EV (kenderaan listrik), nanti baru saya ngomong,” tegasnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here