Utama Berita Automotif Pemohon pertama inisiatif BEV, Tesla buka ibu pejabat di Malaysia

Pemohon pertama inisiatif BEV, Tesla buka ibu pejabat di Malaysia

503
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meluluskan permohonan Tesla mengimport bateri Kenderaan Elektrik (BEV) ke Malaysia.
 
Menerusi perkongsian di akaun Twitter milik beliau, Tesla akan membuka ibu pejabat, Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla dan rangkaian stesen cas supercharge di Malaysia.
 
Kehadiran jenama kenderaan elektrik berkenaan dijangka mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik dan global.
 
“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia dan ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia,” katanya.

Walaupun banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam memperkasa kemudahan menjalankan perniagaan.
 
“Kemasukan Tesla dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.
 
Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif oleh MITI tersebut.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here