Pemuda terjun jambatan Pulau Pinang, tinggalkan motor dan barangan peribadi

2664

Seorang pemuda berusia 35 tahun maut selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di KM 7.4 Jambatan Pertama Pulau Pinang menghala ke Perai semalam. 

Lelaki berbangsa India itu meninggalkan Honda Vario bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan berkenaan.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku kira-kira jam 9.25 pagi.

Sementara itu, Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menyatakan mangsa ditemukan oleh nelayan tempatan berhampiran Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban pada kira-kira jam 3.40 petang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) sejurus menerima panggilan daripada JBPM berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Maritim Malaysia yang diwujudkan di Jeti Polis Marin Batu Uban telah menerima maklumat berkaitan penemuan mangsa.
 
“Berikutan itu, bot KILAT 26 dan aset agensi sahabat yang terlibat diatur gerak ke lokasi seterusnya mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.
 
“Mangsa Ravi Kumar a/l Jaya Raman dipercayai dari Ayer Itam meninggalkan sebuah motosikal Honda Vario nombor pendaftaran PNS 500 berserta dokumen pengenalan diri di tepi jalan sebelum terjun dari jambatan,” jelasnya.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here