Video: Kelajuan Tesla Model S Plaid, selepas menggodam perisian pengehad kelajuannya

799

Kenderaan moden ketika ini, majoritinya mempunyai penghad laju atau speed limiter yang ditugaskan untuk memastikan enjin tidak rosak, selain untuk tujuan keselamatan.

Seperti juga kenderaan elektrik, Tesla Model S Plaid yang mana pengehad kelajuannya adalah dalam bentuk perisian.

Spesifikasinya, ia hadir dengan 1,020hp dari sistem Tri-Motor yang menggunakan dua motor di belakang, manakala satu lagi di depan. Dua motor belakang ini juga mempunyai ciri torque-vectoring.



Tesla mendakwa Model S Plaid boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 322 km/j. Namun, apabila diuji, kelajuan maksimum hanya 262 km/j.

Kemudian Tesla memberikan kemas kini kepada mod pemanduan baharu yang dipanggil Mod Trek yang mana kelajuannya boleh meningkat kepada 282 km/j.

Bagaimanapun, ia tidak sama seperti yang dikatakan oleh Tesla yang mana jentera itu hanya boleh memecut sehingga  322 km/j.

Justeru itu, satu video Youtube daripada Electrek.co pada 30 Jun 2022 lalu, membuktikan bahawa keupayaan Tesla Model S Plaid sebenarnya sangat luar biasa.

Mereka bekerjasama dengan Ingenext, sebuah syarikat yang menjual modul untuk membuka kunci perisian terkunci Tesla untuk ‘menggodam’ perisian pengehad kelajuan pada Tesla Model S Plaid.

Bagi membuktikan keputusan itu, mereka turut mengujinya di landasan Lapangan Terbang Trois-Rivieres, Quebec, Kanada.

Keputusan ujian sangat mengejutkan apabila Tesla Model S Plaid dengan mudah memecut ke kelajuan 262 km/j dan penunjuk speedometer juga bertukar merah, apabila kelajuan mencecah 300 km/jam. Hanya dalam beberapa saat Tesla Model S Plaid mampu naik ke kelajuan 347km/j.

Saksikan video di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here