Lepas Lamborghini kemalangan, rapper ini menari pulak!

1297

Jika berlaku sesuatu kemalangan, perkara utama yang selalu dibuat ialah keluar dari kereta dan merakam keadaan kenderaan yang berlaku untuk memudahkan urusan laporan polis dan tuntutan insurans.

Tetapi berbeza pula dengan rapper kelahiran Amerika Syarikat, Sheck Wes apabila dia dirakam sedang menari dalam hujan di sebelah Lamborghini Huracan Performante miliknya yang baru kemalangan di Los Angeles.



Supercar berenjin V10 yang bernilai RM1.7 juta ini mengalami beberapa kerosakan pada bahagian bampar dan tayar hadapan. Kelihatan juga terdapat kesan cat tertanggal dan kerosakan tayar pada bahagian belakang.

Beberapa saksi yang berada di tempat kejadian agak terkejut apabila melihat rapper yang berusia 22 tahun itu dan rakan-rakannya masih boleh merakam video dia sedang gembira menari sementara menunggu lori tunda datang ke tempat kejadian.

Lamborghini Huracan Performante

Melalui perkongsiaan di Instagram miliknya, Sheck Wes menerangkan kejadian tersebut berlaku disebabkan dia menghadapi hydroplaning semasa memandu dalam hujan lalu melanggar pembahagi jalan. “Tidak boleh kawal keadaan alam semulajadi,” kata Sheck Wes.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHECK SHAKUR☄️🏌🏾‍♂️☮️ (@sheckwes)

Untuk makuman, Lamborghini Huracan Performante dikuasakan oleh enjin V10 yang mampu menghasilkan sehingga 640hp pada 6,000rpm dan 600Nm tork pada 6,500rpm.

Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya pada 325km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here