[Video] Anak beruang cuba masuk Lamborghini Huracan, tercabut pintu pandai pula lari!

2701

Jika anda terjumpa calar kuku kucing pada badan kereta bakal membuatkan hati anda sakit dan tidak dapat lelapkan mata.

Itu jika kereta anda biasa-biasa saja, bayangkan jika ia berlaku pada model lebih mahal misalnya supercar. Mungkin sakit hati lebih berganda atau murung sehari. Sekiranya itu yang anda rasakan, barangkali anda tidak cukup kaya.

Ini kerana orang kaya di Dubai dan bintang media sosial bernama Humaid Albugaish slumber membiarkan haiwan peliharaan eksotiknya menaiki kenderaan-kenderaan miliknya.



Seperti dalam satu video ini yang menunjukkan Humaid cuba memancing anak beruang peliharaannya dengan sebuah epal di kerusi pemandu Lamborghini Huracan Performante. 

Cermin penumpang dibuka untuk membolehkan anak beruang itu masuk. Sebelum ini Humaid pernah melakukan aksi sama menggunakan kereta mewahnya yang lain.

Namun, kali ini lain pula terjadi. Ketika anak beruang berkenaan cuba memanjat masuk, tiba-tiba pintu supercar berkenaan tercabut. Lebih lucu, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku atau bimbang dimarahi anak beruang itu terus melarikan diri. 

Jika itu berlaku pada pemilik lain mungkin anak beruang itu akan dimarahi namun tidak bagi orang kaya Dubai. Dia hanya ketawa dan menganggap situasi itu lucu sambil memegang pintu yang sudah tercabut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Humaid Abdulla Albuqaish (@humaidalbuqaish)

Menerusi laman Instagram, Humaid memiliki zoo di kawasan rumahnya dan beberapa kenderaan mewah antaranya Lamborghini Urus, Rolls-Royces Wraith dan Phantom, Lamborghini Huracan dan Gallardo, Mercedes SLS AMG, Ferrari LaFerrari dan McLaren P1 Roadster.

Antara binatang peliharaan miliknya beberapa beruang dan anak beruang, singa betina putih, harimau, ular dan beberapa spesies monyet. 

Humaid cukup terkenal dalam media sosial bukan sahaja pengumpul jentera-jentera mewah tetapi memiliki koleksi haiwan peliharaan eksotik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Humaid Abdulla Albuqaish (@humaidalbuqaish)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here