Utama Berita Automotif Berita Tempatan Tiba masanya nilai kompaun ingkar SOP PKP dinaikkan – KPN

Tiba masanya nilai kompaun ingkar SOP PKP dinaikkan – KPN

900

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

nilai kompaun PKP

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata setiap minggu ribuan saman dikeluarkan pihaknya kepada individu yang ingkar dan melanggar SOP PKP, yang kebanyakannya melibatkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.
 
Tambahnya lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada yang mengambil kesempatan dengan melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri tanpa alasan yang kukuh.
 
“Sekiranya kompaun RM1,000 itu dianggap kecil maka mereka yang degil ini pasti akan menerima padah apabila arahan menaikkan nilai kompaun ini diwartakan. Sudah tiba masanya untuk nilai kompaun itu dinaikkan,” kata Abdul Hamid.
 
Beliau berkata anggotanya telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid berkata sepanjang menjalankan tugas ketika PKP dilaksanakan, seramai 474 warga PDRM positif Covid-19 manakala 1,628 lagi telah menjalani kuarantin.
 
“Amat menyedihkan apabila petugas barisan hadapan yang dijangkiti ini terpaksa dirawat oleh satu kelompok lagi petugas barisan hadapan di hospital,” tambahnya.
 
Penularan Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak ketika ini, dengan jumlah kes harian baharu menghampiri 6,000 kes.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here