Honda Malaysia hulur sumbangan kepada mangsa banjir dan golongan terjejas dari pandemik Covid-19

1004

Honda Malaysia baru-baru ini telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas disebabkan banjir dan pandemik Covid-19.

Syarikat itu mengagihkan barang-barang keperluan termasuk Flood Safety Kit kepada mangsa banjir di Pahang. Topeng muka dan laptop untuk pelajar sekolah yang kurang berkemampuan juga turut diberikan.



Berkenaan laptop, Honda Malaysia menghantar sebilangan darinya kepada empat buah sekolah di Melaka untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Mr. Toichi Ishiyama berkata, “Perlawanan berterusan dengan Covid-19 menjadi suatu cabaran besar untuk pelajar-pelajar meneruskan pengajian mereka, terutamanya mereka dari yang berpendapatan rendah.

“Dengan norma baharu, pelajar tiada pilihan tetapi terpaksa memilih pembelajaran di rumah.

“Peranti-peranti seperti komputer menjadi keperluan pelajar dan ini memberi kesan kepada mereka yang mempunyai akses terhad kepada teknologi,” tambahnya.

“Kami berharap dengan sumbangan ini pelajar-pelajar akan mempunyai persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan bersemangat untuk meneruskan pengajian mereka.”

Selain dari laptop, 10 sekolah rendah di Melaka dibekalkan dengan 500 kotak pelitup muka, dan setiap sekolah diberikan 1,000 pelitup muka untuk pelajar terus mematuhi SOP.

Honda Malaysia juga menyumbang 1,000 keping topeng muka kepada petugas barisan hadapan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dan 500 Flood Safety Kit kepada keluarga-keluarga di Pekan, Pahang yang menjadi mangsa banjir.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here