Subaru WRX STi 2002 yang pernah cipta rekod dunia kini sedang dilelong!

128

Sebuah jentera yang pernah memenangi beberapa perlumbaan rali dan mencipta rekod dunia bersama pelumba Ken Block kini dilelong di Wall Street Motorsports.

Jentera tersebut ialah Subaru WRX STi 2002, yang pernah dipandu oleh Block ketika dia mencipta rekod dunia untuk lompatan terjauh pada tahun 2006.

Subaru WRX STi 2002 ini padanya mulanya merupakan edisi Blob Eye standard, yang kemudian diubah suai menjadi edisi Hawkeye 2006, bersama dengan spesifikasi khas untuk perlumbaan rali.

Subaru WRX STi

Beberapa kompenen telah ditukar, termasuk enjin yang ditukar kepada enjin 2.0-liter Group N-spec, turbo juga dari Group N-spec, intercooler yang dinaiktaraf, dan juga penyembur air pada intercooler itu.

Sistem suspensi coilover spesifikasi rali yang disertakan telah dilengkapi dengan komponen suspensi Group N Subaru, kaliper brek yang juga dari Group N Subaru, roda saiz 15-inci dari Speedline, dan tayar dari BFG untuk rali.

Subaru WRX STi

Selain itu, jentera ini dilengkapi transmisi manual 6-kelajuan dengan centre differential aktif.

Untuk ruangan dalam, jentera ini hanya dilengkapi dengan beberapa komponen seperti tempat duduk Recaro HANS, roll cage penuh dari FIA Group N, stereng MOMO, dan pintu gentian karbon.

Subaru WRX STi ini bahkan dilengkapi dengan sel bahan bakar dan cam belt baharu untuk memudahkan penyelenggaraan.

Subaru WRX STi

Jentera ini telah memenangi kejuaraan pertamanya di Rally in the 100 Acre Wood pada tahun 2006. Di sebalik kemenangan tersebut, jentera ini juga dipaparkan di The Discovery Channel’s Stunt Junkies, di mana ia mencapai lompatan sejauh 52 meter, yang menjadi rekod dunia.

Ketika artikel ini ditulis, bidaan tertinggi untuk jentera ini mencecah USD49,000 (RM198,048).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here