Rider FoodPanda terkejut terima tips dari pelanggan berjumlah RM1,000

2568

Orang selalu kata rezeki tidak pernah salah alamat dan rezeki ada di mana-mana.

Satu tindakan seorang pelanggan FoodPanda telah mengejutkan penghantar makanannya. Tidak dinafikan tugas yang digalas oleh rider amatlah mencabar dalam mengejar dan menghantar pesanan makanan tepat pada waktunya.



Oleh itu ‘hadiah’ yang diterima oleh rider ini sangat mengejutkan dan menggembirkannya.

Kebiasaanya setelah menghantar makanan dan jika rider bernasib baik, dia mungkin akan menerima tips dari pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan.

Menerusi perkongsian di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia, rider yang dikenali sebagai Muhammad Faris Faizul menyatakan dirinya sangat terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 oleh seorang pelanggan.

tips rider

Menurut Faris, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.

Tambah Faris, sebelum ini dia pernah juga menerima sampul berisi duit sebagai tips daripada pelanggan lain namun kali ini jumlah yang diterima sangat mengejutkan.

Apabila dia membuka sampul tersebut, dia rasa sangat terharu dan bersyukur dengan rezeki yang dikongsi oleh pelanggannya itu.

tips rider

Lanjut Faris, wanita yang memberikan tips secara ikhlas itu meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin dan berkongsi duit tersebut bersama rider yang lain. Tindakan wanita tersebut untuk bersedekah dengan jumlah yang sebegitu banyak amatlah mengagumkan.

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat dua ribu Like, lebih 700 Share, dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata mendoakan wanita tersebut dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat seperti yang dimahukan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here