
Semua urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) bagi kenderaan persendirian di semua pejabat pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara waktu.
Arahan dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini akan dilaksanakan bermula 23 Februari hingga 31 Mac 2021.
Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0.
Pemegang lesen memandu dibenarkan mengoperasikan kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah (e-cover note). Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Urusan lain termasuk pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih boleh dijalankan seperti biasa di semua kaunter pejabat pos seluruh negara.
Untuk sebarang pertanyaan urusan lain, hubungi pihak Pos Malaysia di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar