Gandar belakang Omoda 5 patah: Chery Auto Malaysia kenalpasti 600 unit berpotensi terkesan

195

Chery Auto Malaysia memandang serius terhadap keselamatan pelanggan berhubung isu kes gandar belakang patah. 

Kenyataan media Chery Auto Malaysia berkata, dalam usaha mempamerkan ketelusan dan kebertanggungjawab, pihaknya menghubungi vendor alat ganti dan sudah menjalankan analisis terperinci.

“Kami kini dapat mengenalpasti sebanyak 600 unit OMODA 5 yang mungkin berpotensi terjejas akibat daripada kerja-kerja menaiktaraf di fasiliti kemudahan vendor terbabit.



“Sebagai langkah berjaga-jaga, Chery Auto Malaysia akan menghubungi pelanggan berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) yang terjejas untuk pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan isu komponen teknikal ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat berkenaan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tiada kenderaan lain terjejas. Fokus Chery Auto Malaysia sentiasa tertumpu pada keselamatan para pelanggan.

Selain itu, pelanggan OMODA 5 juga boleh melayari laman sesawang yang akan disediakan untuk mengenalpasti sama ada kenderaan mereka terjejas atau sebaliknya.

Sementara itu, berhubung isu yang dilaporkan oleh pelanggan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Chery Auto Malaysia menyelesaikan masalah itu dengan menggantikan komponen gandar rasuk belakang dan melaksanakan ujian kawalan kualiti yang komprehensif terhadap kenderaan berkenaan dan mengesahkan jsudah diselesaikan.

Chery Auto Malaysia berdedikasi untuk memastikan menghasilkan kenderaan terbaik dan memberikan perkhidmatan cekap kepada pelanggan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here