BYD ATTO 3 2024: Tambahan ciri luaran dan dalaman, bermula RM149,800

99

Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, melancarkan kenderaan elektriknya (EV), BYD ATTO 3 2024 versi dipertingkatkan luaran dan dalaman.

SUV elektrik yang menerima pengiktirafan bintang lima oleh Euro NCAP itu memiliki keunggulan kabin pintar pertama di dunia yang dibangun dengan konsep sukan dan kecergasan.

Apa yang anda perlu tahu ciri baharu tentang BYD ATTO 3 2024 ini:

Luaran

  • Corak grafik hitam di tiang D-pillar untuk menambah sentuhan kemewahan, menggantikan warna putih sebelum ini
  • Logo ikonik BYD menghiasi bahagian belakang, mencerminkan daya tarik moden. (Sebelum ini, ayat penuh “BUILD YOUR DREAMS)

Dalaman

  • Warna Black-Dark Blue yang baru, meningkatkan estetika dalaman. 
  • Kini ia mempunyai dua pilihan warna dalaman iaitu Black-Dark Blue, selain warna yang sedia ada Dark Blue-Light Grey, tertakluk kepada pilihan warna luaran yang dipilih.

Teknologi

  • Dilengkapi sistem pengecas tanpa wayar dan skrin sentuh berputar pintar yang diperluaskan dari 12.8 inci kepada 15.6 inci sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Warna

  • Cosmos Black ditambahkan ke dalam rangkaian BYD ATTO 3 2024, menawarkan pelanggan pilihan warna tambahan untuk memenuhi kehendak mereka. 

Rangkaian kuasa tiada perubahan masih dijana oleh motor elektrik di hadapan dengan menyalurkan 201hp dan 310Nm tork yang menggunakan bateri LFP (lithiup iron phosphate), ia menawarkan jarak gerak 345km (kitaran WLTP).



Untuk pengecasan, BYD Atto 3 2024 menyokong pengecasan AC 7kW dan DC sehingga 70kW, selain mempunyai fungsi V2L. Harganya pula, ia dijual bermula RM149,800.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here