Yamaha MT-25 2024 hadir dua warna baharu, harga naik RM1,000

56

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan warna baharu untuk Yamaha MT-25 2024 menerusi Midnight Black dan Midnight Cyan.

Yamaha MT-25 2024 dengan warna baharu itu boleh didapati dipengedar Yamaha yang sah di seluruh negara bermula esok (8 May 2024).

Masih menggunakan enjin sama iaitu 250cc DOHC 4-lejang dwi-silinder yang menghasilkan kuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.



Yamaha MT-25 2024 Midnight Clan

Jentera berkenaan menggunakan cakera brek bagi hadapan dan belakang.Rodanya pula dipadankan rim 17 inci yang dibaluti tayar 110/70R17 bahagian hadapan, manakala belakang bersaiz 140/70R17.

Bagi memberi jarak tunggangan lebih jauh, jentera itu didatangkan dengan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.

Dari segi harganya pula, ia dijual bermula RM23,998 tidak termasuk biaya pendaftaran dan perlindungan insuran. Harga baharu itu lebih mahal RM1,000 berbanding sebelum ini.

Pemilik baru MT-25 dapat menikmati manfaat tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha senilai RM100.

Yamaha MT-25 Midnight Black

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here