Isu brek Omoda 5: Chery Malaysia ambil tindakan segera, tawar kereta guna sementara

432

Chery Malaysia ambil tindakan segera berhubung isu tular terhadap model Omoda 5 yang dibuat seorang indivdiu Sabtu lalu.

Difahamkan video durasi 1.53 minit itu tular selepas pemiliknya Omoda 5 dikatakan mengalami masalah brek.



Namun Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengambil perkara itu dengan sangat serius.

“Keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan utama kami. Kami sudah berhubung dengan pelanggan yang terbabit sejak Sabtu (6 April 2024) untuk menangani kebimbangannya dan seterusnya sebuah kereta guna sementara telah ditawarkan kepadanya.

“Chery Malaysia komited untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan diyakini, dan kami berazam untuk memastikan bahawa semua kenderaan kami memenuhi standard keselamatan yang tertinggi,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah dengan kenderaan mereka, hubungi Chery Malaysia di +603 2771 7070 atau melalui emel di cherycareline@chery.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here