Kes Isu Brek Chery Omoda 5: Chery Auto Malaysia dan Puspakom jalani pemeriksaa, ini keputusannya…

131
Chery Auto Malaysia berkongsi maklumat terkini tentang perkembangan berhubung aduan yang tular yang tersebar pada 6 April lalu daripada pelanggan Chery OMODA 5.
 
Sejak itu, pasukan khidmat pelanggan Chery berhubungan dan mengemaskini dengan pelanggan, manakala pasukan teknikal Chery yang terlatih menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap kenderaan yang dikatakan mengalami masalah brek.
 
Selain itu, kenderaan berkenaan dihantar ke Puspakom, di mana pemeriksaan menyeluruh dijalankan supaya penilaian yang dilakukan adalah tidak berat sebelah.
 
Di Puspakom, pemeriksaan 10 mata dijalankan termasuk ujian brek, tahap kecekapan, ketidakseimbangan dinamik, run-out, daya sisa dan brek parkir untuk memastikan prestasi brek yang optimum.
 
 
Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan Chery Auto Malaysia dan Puspakom tidak menemui sebarang ralat, mengesahkan bahawa kenderaan itu memang selamat dan sistem brek adalah memuaskan seperti yang dinyatakan dalam keputusan ujian Puspakom.
 
Pelanggan sudah dimaklumkan dan pasukan Chery menjelaskan hasil pemeriksaan kepadanya. Chery juga sudah menyediakan laporan menyeluruh yang merangkumi hasil pemeriksaan kepada pelanggan berkenaan.
 
Kumpulan Chery, termasuk Chery Auto Malaysia, memberi keutamaan kepada keselamatan di atas segalanya.
 
Semua produk Chery yang diedarkan lebih daripada 80 negara memenuhi piawaian tertinggi sebelum penghantaran kepada pelanggan, mencerminkan komitmen Chery terhadap keselamatan dan kepuasan pelanggan.
 
Sebelum ini, Motoqar turut melaporkan bahawa Chery Malaysia ambil tindakan segera berhubung isu tular terhadap model Omoda 5 yang dibuat seorang indivdiu Sabtu lalu.
 
Difahamkan video durasi 1.53 minit itu tular selepas pemiliknya Omoda 5 dikatakan mengalami masalah brek.
 

 

Namun Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengambil perkara itu dengan sangat serius.

“Keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan utama kami. Kami sudah berhubung dengan pelanggan yang terbabit sejak Sabtu (6 April 2024) untuk menangani kebimbangannya dan seterusnya sebuah kereta guna sementara telah ditawarkan kepadanya.



“Chery Malaysia komited untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan diyakini, dan kami berazam untuk memastikan bahawa semua kenderaan kami memenuhi standard keselamatan yang tertinggi,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah dengan kenderaan mereka, hubungi Chery Malaysia di +603 2771 7070 atau melalui emel di cherycareline@chery.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here