Utama Berita Automotif Lelaki lepaskan tembakkan kepada isteri di KLIA 1

Lelaki lepaskan tembakkan kepada isteri di KLIA 1

1879
Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di sini pada Ahad.
 
Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
 
Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.
 
“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya.
 
Katanya, mangsa yang cedera kemudian mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.
 
“Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh.
 
“Usaha memburu dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” katanya.
 
Menurutnya, situasi di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal.
 
“Kejadian ini tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan dan situasi terkawal.
 
“Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.
 
Pada Ahad, tular di media sosial berkaitan suasana di balai ketibaan KLIA 1 itu dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here