[Video] Pemandu trak tak sedar heret Volkswagen sepanjang lebuh raya

1375

Satu rakaman video menunjukkan sebuah trak menyeret Volkswagen Polo di sebuah lebuh raya di luar negara. 

Peliknya, pemandu trak berkenaan tidak menyedari Volkswagen Polo tersebut tersekat pada bampar depan mungkin kerana kedudukannya yang tinggi di samping saiz Polo yang kompak. 



Punca berlakunya kejadian tersebut tidak diketahui, ada yang membuat andaian  kemungkinan Polo itu mengikut rapat trak ketika ingin memotong. Bagaimanapun persoalannya posisi melintang Polo itu membuatkan kita tidak habis fikir bagaimana ia terjadi. 

Pengguna jalan raya yang menyedari kejadian tersebut melambai-lambai tangan kepada pemandu trak sebelum pemandu tersebut menghentikan trak disebelah kiri bahu jalan. 

VIDEO

BACA>>Guna traktor pecah kedai dan angkut 2 buah motor

BACA>>Tak sempat duduk pemilik baharu melopong tengok Ferrari SF90 Stradale jatuh dari trak

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here