Elon Musk beli Twitter tunai RM191 bilion

938

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS44 bilion (RM191.5 bilion). 

Musk sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan berucap, mengkritik pendekatan Twitter dan berkata algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.



Transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang saham. Penganalisis menjangkakan tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

Perbincangan berhubung perjanjian jual beli itu dilakukan minggu lalu dan dilihat tidak menentu, namun prosesnya dipercepatkan selepas Musk ‘memikat’ pemegang saham menerusi butiran kewangan di sebalik penawarannya.

Berdepan tekanan, Twitter mula mengadakan rundingan dengan Musk yang ingin membeli syarikat berkenaan pada kadar harga AS54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” katanya.

Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS51.70 (RM225). Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.

Bagaimanapun, tawaran itu di bawah paras AS70 (RM304.57) yang didagangkan Twitter pada tahun lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here