Tesla naik gaji pekerja kilang seluruh Amerika

236

Tesla Inc. mengumumkan kenaikan gaji bulan ini kepada pekerja kilangnya seluruh Amerika Syarikat, menurut notis yang dikeluarkan di kemudahan Fremont, California.

Seorang pekerja di Fremont mengesahkan pengedaran notis kadar gaji 2024 di kemudahan tersebut. 



Bulan lalu, media tempatan melaporkan pekerja kilang bateri Tesla di Sparks, Nevada sedia maklum tentang kenaikan kadar upah sejam pada bulan Januari.

Kenaikan kadar upah pekerja di Nevada mewakili kira-kira 10 peratus, bergantung pada kedudukan dan tidak termasuk bonus yang boleh diperoleh oleh sesetengah pekerja.

Kenaikan gaji baharu itu susulan pengumuman United Auto Workers (UAW) yang menyasarkan sekurang-kurangnya salah satu kilang Tesla selepas kemenangan besar terhadap tiga pengeluar kenderaan terbesar di Detroit.

UAW sedang mengedarkan kad kebenaran online dan mengumpul nama serta tandatangan pekerja Tesla bagi membentuk kesatuan.

Apabila memperoleh undi sekitar 70 peratus, UAW di bawah kepimpinan Shawn Fain memohon pengiktirafan kesatuan daripada syarikat atau pekerja. 

“Tesla kini mengikuti jejak Toyota, Hyundai, Volkswagen, dan hampir semua syarikat kereta lain dalam menaikkan gaji berikutan kemenangan bersejarah kami di Big Three, kerana pekerja kereta yang tiada kesatuan mula berdiri sendiri.

“Sehebat manapun kenaikan ini, mereka masih jauh daripada apa yang mampu dimiliki oleh syarikat dan nilai pekerja kereta,” katanya Shawn.

Kesatuan itu tidak menyatakan jumlah pekerja Tesla yang telah menandatangani kad kebenaran setakat ini.

ELON MUSK TAK SETUJU

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah lama bertelagah dengan kesatuan sekerja. Pada Sidang Kemuncak DealBook New York Times (2023) pada November, beliau tidak bersetuju dengan idea kesatuan.

“Mereka mencipta semacam tuan dan petani,” katanya.

Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan mendapati Tesla melanggar undang-undang buruh persekutuan lebih daripada satu kali.

Pada tahun 2018, sebagai contoh, Musk menulis tweet bahawa pekerja di kilang Tesla di Fremont akan kehilangan pilihan saham jika mereka bersatu.

Mahkamah rayuan persekutuan memutuskan bahawa tweetnya adalah ancaman yang menyalahi undang-undang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here