Perodua Alza (2022) bakal lancar Rabu ini – enjin 1.5L; harga mula RM62k

1474

Penantian semakin hampir….Perodua bakal mendedahkan MPV Alza serba baharu pada Rabu ini (20 Julai).

Pelancaran model tersebut akan dikongsi di laman rasmi Facebook Perodua pada jam 12 tengah hari.



Kita sudah mengetahui beberapa informasi berkaitan Perodua Alza yang mana model itu akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian bermula daripada X, H dan AV. 

Harga jualan pula bermula daripada RM62,000 hinggalah RM75,000. MPV tersebut menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti mana model Perodua Ativa.

Kembar kepada Daihatsu Xenia itu bakal menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder aspirasi semulajadi yang dipadankan dengan transmisi kotak gear D-CVT.

Sebenarnya konfigurasi enjin dan transmisi berkenaan digunakan pada model Myvi facelift (2022) yang mana menjana kuasa 102hp dan tork 137Nm. Namun, output sebenar Alza serba baharu itu hanya diketahui pada majlis pelancaran nanti.

Enjin yang mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) itu mampu menawarkan kecekapan bahan api sehingga 22km/liter, antara terbaik dalam kelasnya.

Antara ciri peralatan yang bakal ditawarkan Alza antaranya kamera 360 darjah, tiga mod pemanduan (Eco, Normal, Power), brek parkir elektronik, paparan skrin infotainmen bersaiz 9-inci dan skrin TFT bersaiz 7-inci.

Sementara ciri keselamatan pula kesemua varian menerima enam-beg udara dan sistem bantuan pemanduan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA), fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan bantuan penghidup bukit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here