Harga kenderaan dijangka naik secara berperingkat

714

Harga kenderaan dijangka akan meningkat secara beransur-ansur berdasarkan kepada lonjakan ketara dalam kos pengeluarannya serta berakhirnya tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, yang dipetik dalam Berita Harian berkata industri automotif ketika ini berdepan dengan kenaikan harga komponen kereta.



Beliau berkata, ini menjadikan prinsipal dan pengedar mungkin menggunakan model baharu dan versi dipertingkat untuk menaikkan harga kereta agar mereka dapat mengalihkan kos input lebih tinggi.

“Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).

“Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023,” katanya dalam satu nota penyelidikannya.

Khai Xhiang berkata, walau bagaimanapun, pihaknya ambil maklum bahawa pihak pengurusan bagi pengeluar kereta nasional gusar kerana mereka tiada ruang mencukupi untuk menaikkan harga kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here