Modenas Kriss 110 (2023) masih lagi murah! Tampil lampu depan dan corak grafik baharu, harga bermula RM3,917!

2459

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan  pembaharuan untuk varian Kriss 110 dan Kriss 110 “Disc Brake” 2023.

Moped kegemaran sepanjang zaman itu menerima beberapa ciri baharu termasuk lampu depan yang direka bentuk baharu serta port pengecasan USB untuk kemudahan penunggang.

Selain itu, kedua-dua varian juga menerima warna dan skema grafik baharu yang dikemas kini dengan harga mampu milik.



Kriss 110 brek drum

Bagi Modenas Kriss 110, ia dijual bermula RM3,917 yang ditawarkan dengan tiga pilihan warna membabitkan biru, hitam dan kuning.

Bagi varian ‘Disc Brake’ tersedia dengan warna biru, hitam dan merah yang dijual bermula RM4,437.

Ia masih menggunakan enjin dengan teknologi EEV, satu silinder, 4 lejang, SOHC, 108 cc. Ia menghasilkan 6.57 hp pada 8,000 rpm dengan tork maksimum mencecah 6.7 Nm pada 6,000 rpm.

Kriss 110 brek cakera

Kedua-duanya akan tiba di semua pengedar sah MODENAS menjelang minggu ini. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi MODENAS.

Baca juga:

>> MODENAS KRISS 110 – Selesa, Jimat Dan Murah Giler!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here