Volkswagen Golf GTI 2023: Naik taraf dengan ADAS, harga bermula RM244,990

876

Akhirnya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI yang dikemas kini dan dilengkapi IQ. Drive, satu Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) inovatif. 

Sistem IQ. Drive direka untuk membantu pemandu menjadikan perjalanan mereka lebih selamat dan selesa. Ia sekali gus melengkapkan lagi ciri keselamatan pada Golf GTI untuk pasaran Malaysia, yang sebelum ini tidak mempunyai sistem berkenaan!

Antara ciri-ciri keselamatan termaju Volkswagen Golf GTI 2023 termasuklah:

  • Travel Assist dan Adaptive Cruise Control (ACC) yang menggunakan radar serta pelbagai alat pengesan untuk mengesan kenderaan di hadapan.
  • Side Assist yang berfungsi sebagai pemantau titik buta.
  • Rear Cross Traffic Alert yang memberi amaran kepada pemandu tentang potensi bahaya apabila gear undur diaktifkan.
  • Front Assist iaitu ciri Autonomous Emergency Braking (AEB). Ia menggunakan satu unit sensor radar yang diintegrasikan pada bahagian hadapan kenderaanuntuk sentiasa memantau jarak kereta di hadapan. Selain ia boleh mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.
  • Lane Assist untuk memastikan pemandu sentiasa berada dalam laluan yang betul dengan menggunakan ciri bantuan pengekalan lorong berasaskan kepada kamera.
  • Adaptive Lane Guidance yang memastikan kenderaan sentiasa berada di tengah-tengah lorong selepas sistem belajar daripada corak pemanduan pemandu.  

Video 



 

 

Sistem pengecas tanpa wayar

Sementara itu, bahagian dalaman menerima naik taraf dengan ciri-ciri baharu seperti pengecasan tanpa wayar, serta sulaman logo GTI pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. 

Seperti sebelum ini, ruang kokpit pemandu hadir landskap dalaman digital sepenuhnya yang menawarkan kemudahan dan ketersambungan lancar.

Ia terdiri daripada Digital Cockpit bersaiz 10.25” generasi baharu dengan pelbagai tema warna dan pandangan, termasuklah rekaan khas GTI. Tidak ketinggalan stereng multi fungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas.  

Sistem infotaimen Discover Media termaju bersaiz 10 inci yang dipasang pada tengah papan pemuka menawarkan paparan navigasi 3D binaan dalam, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta tujuh unit pembesar suara berkualiti tinggi. 

Volkswagen Golf GTI 2023 enjin mantap dan harga baharu!

Golf GTI menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menyalurkan 245PS dan tork setinggi 370Nm. Ia menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dan sukar dilupakan bersama penambahan beberapa  ciri keselamatan untuk pemandu. 

Namun versi yang dinaik taraf ini, ia mula dijual dengan harga cadangan iaitu RM244,990. Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Untuk makluman anda, tahun lalu pada majlis pelancaran Golf GTI (MK8). Ia dijual bermula RM211,698 tidak termasuk insurans dengan pengecualian SST yang masih lagi tertakluk ketika itu.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here