Kini anda berpeluang servis kenderaan di Petronas AutoExpert di Ipoh, Perak

437

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merasmikan Petronas AutoExpert yang dikendalikan Is Tayar Maju Sdn Bhd di bawah program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP) yang pertama di Perak.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata, pembukaan pusat servis itu adalah selari dengan objektif MARA dalam membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten. 

“Sejak tahun 2021, MARA aktif memperkasa jenama perniagaan program PUMP dalam meningkatkan imej dan menepati piawaian industri. Ia seterusnya memperkukuhkan jenama program supaya ianya dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing di pasaran.” 



“Peningkatan imej ini untuk penampilan imej pusat servis lebih segar, dinamik dan berani serta mampu menarik lebih ramai pelanggan berkunjung.

“Terutama rekaan luaran dan dalaman yang ceria, selesa dan bengkel penyelenggaraan dilengkapi kelengkapan moden,” katanya ketika perasmian Is Tayar Maju Sdn Bhd, baru-baru ini.

Sumbang pembangunan ekonomi tempatan

Pembukaan outlet Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52. Ia secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.  

PUMP yang berkolaborasi bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) itu dilengkapi dengan modul latihan berstruktur yang komprehensif. Seterusnya usahawan akan melaksanakan proses pengubahsuaian premis bagi mewujudkan outlet di bawah jenama tersebut. 

Selain daripada latihan dan pengubahsuaian, usahawan yang terpilih turut akan menerima khidmat nasihat serta dibantu dengan kemudahan pembiayaan perniagaan. Proses pengubahsuaian dijangka mengambil masa selama tiga bulan. 

Beri sokongan penuh jaringan PETRONAS AutoExpert

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer Mohd Zahur Hussain berkata, pihak PETRONAS amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan MARA demi memperkasakan ekonomi usahawan di Malaysia. 

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada seluruh jaringan PETRONAS AutoExpert. Ia dari segi kemahiran teknikal, latihan, peralatan dan pemasaran, agar semua pengusaha PUMP mendapat nilai mampan,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 20 outlet PUMP telah dibangunkan melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta. Usahawan di bawah program ini telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here