Petronas jumpa minyak di Suriname pada kedalaman 5,290 meter

749

Petronas Suriname E&P BV (PSEPBV) mengumumkan kejayaan penemuan pertama minyak di Suriname menerusi usaha yang dijalankan di telaga Baja-1, Blok 53 di kawasan luar pesisir negara tersebut.

Telaga yang terletak kira-kira 189km di luar pesisir Suriname pada kedalaman 1,140 meter berjaya digerudi sehingga sedalam 5,290 meter.



Syarikat itu turut menemukan minyak ringan di kawasan jujukan enapan usia Campanian dan penilaian pasca-penggerudian sedang dilakukan bagi mengesahkan potensi sumber penemuan tersebut.

“Penemuan di telaga Baja-1 merupakan satu pencapaian bermakna dalam usaha membuka sumber hidrokarbon laut daripada aktiviti cari gali kami.

Malah, kami turut teruja dengan kejayaan ini dan akan kekal fokus untuk mengembangkan lagi portfolio antarabangsa, terutamanya di kawasan Amerika,” kata Naib Presiden Cari Gali Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti gabungan kepakaran serta pengalaman oleh semua rakan usaha yang terbabit.

PSEPBV merupakan pemegang 30 peratus kepentingan penyertaan dalam blok yang diuruskan oleh APA Suriname Corporation LDC yang mempunyai 45 peratus kepentingan manakala baki 25 peratus dipegang oleh CEPSA Suriname, S.L.

Selain itu, PSEPBV juga memegang 100 peratus kepentingan dan pengendali di Blok 48 dan terbabit dalam perkongsian 50:50 dengan ExxonMobil Exploration & Production Suriname B.V di Blok 52 yang juga kawasan berpotensi di lembangan Suriname-Guyana.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here