Hyundai dedah Sonata Facelift (2023), rekaan lebih berani

519

Hyundai memperkenalkan Sonata generasi kelapan yang dipertingkatkan. Penampilan baharu itu menampilkan reka bentuk lampu nyala siang (DRL) ‘Seamless Horizon’ yang meniru rekaan MPV Hyundai Staria.

Versi facelift itu didatangkan dengan rekaan lampu DRL lebih lebar yang ditarik sepanjang hud depan. Manakala lampu depan diselitkan pada sisi bampar di bawah DRL.



Selain itu, sedan tersebut dilengkapi dengan rekaan gril  ‘parametric jewel’ terkini bersama rekaan ‘sarang lebah’ di bahagian bawah bagi kemasan N Line dan bentuk berlian pada varian biasa.

Lampu belakang pula didatangkan dengan bentuk acah H yang panjang ditarik di tengah but dan hujung unit berbentuk T.

Bahagian bawah bampar belakang juga membezakan varian biasa daripada N Line; yang pertama mendapat sepasang elemen peresap dalam warna yang berbeza.

Manakala yang kedua mendapat empat ekzos. Varian N Line yang lebih sporty menerima rim aloi 19-inci reka bentuk eksklusif.

Kabin Sonata juga direka bentuk semula yang mana kluster instrumen pemandu dan skrin infotainmen disatukan. Susun atur papan pemuka yang dipertingkatkan kini ditawarkan dalam dua rona warna. 

Paparan instrumen digital buat pemandu bersaiz 12.3-inci, manakala skrin infotainmen AVN juga bersaiz 12.3-inci. Kawalan pendingin hawa kini menggunakan permukaan jenis sentuhan.

Kawalan transmisi kini melalui kawalan shift-by-wire pada stereng bagi meningkatkan lebih banyak ruang pada konsol tengah.

Spesifikasi teknikal untuk Sonata facelift (2023) masih belum didedahkan. Bagaimanapun, difahamkan sedan segmen-D itu bakal dijana oleh enjin 2.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 290hp dan tork 421Nm.

Di Malaysia, generasi kelapan Hyundai Sonata tiba pada Oktober 2020 menerusi 2.5 Premium pada harga RM206,888..

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here