Malaysia Autoshow 2023: Segalanya tentang EV Peugeot e-2008

380

Sempena acara Malaysia Autoshow 2023 yang bermula esok, Bermaz Auto mempamerkan kenderaan tiga jenama di bawahnya membabitkan Mazda, Peugeot and Kia.

Selain mempertontonkan model semasa yang sudah dilancarkan, Bermaz Auto mempersembahkan kenderaan elektrik (EV) baharu kepada pengunjung menerusi model Peugeot e-2008.

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PEUGEOT e-2008

1. Peugeot e-2008 adalah EV dalam segmen SUV. Ia mempunyai ciri reka bentuk eksklusif dan tersendiri dengan gril hadapan berkotak-kotak warna badan. Selain itu, dilengkapi dengan monogram “e” pada panel sisi hadapan dan pintu belakang.



2. Ruang dalaman dilengkapi ciri Peugeot i-Cockpit® 3D baharu menawarkan ergonomik intuitif dengan stereng kompaknya. Skrin sesentuh HD 10 inci dan meter pada papan pemuka teknologi halogram.

3. Motor elektriknya menawarkan kuasa 97kW (130hp) dengan tork setinggi 260Nm yang dipadankan dengan bateri berkapasiti 50kWj.

4. Dengan kapasiti bateri penuh, Peugeot e-2008 boleh dipandu sejauh 345 km mengikut pengiraan WLTP.

5. Bagi memberi pemanduan yang lebih menarik, ia ditawarkan dengan tiga mod iaitu Sport (0-100km/j dalam 10.1saat), Normal dan Eco.

6. Mengecasnya pula, hanya memerlukan 30 minit untuk kapasiti bateri 80 peratus dengan menggunakan stesen pengecasan 100kW.

Namun buat masa ini, tiada pengumuman rasmi oleh Bermaz Auto bila model itu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here