1st SMJPJ Motorsports Jamboree – Kesedaran Kemalangan

2149

Kemalangan jalan raya merupakan satu ancaman  kepada negara kita.Kemalangan setiap hari berlaku,secara purata statistik tahun 2016 hampir setiap hari 20 nyawa melayang.Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum mencapai sasaran yang diharapkan.

SKUAD MUDA JPJ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terenganu telah menganjurkan satu program. Yang bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli SMJPJ seluruh Malaysia.



Program yang dikenali 1st SMJPJ MOTORSPORTS JAMBOREE telah berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Gong Badak,Kuala Nerus, Terengganu. Program bermula pada 17 Ogos dan berakhir 19 Ogos 2018.

Dato’ Sri Ismail Ahmad,Pengerusi SKUAD MUDA JPJ yang juga mantan Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Menegaskan kemahiran mengendalikan kenderaan merupakan aspek terpenting dalam mencegah kemalangan jalanraya.

Program yang bertujuan mendidik dan menyedari masyarakat tentang keselamatan jalanraya serta kaedah pemanduan dan menunggang motosikal dengan cara yang betul dan selamat.

kemalangan

Wakil menteri Besar Terengganu iaitu YB Hj Wan Sukairi Wan Abdullah,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Ngo Terengganu telah merasmikan program tersebut.

Kehadiran pengunjung tempatan yang agak memberangsangkan tidak melepaskan peluang mendengar syarahan. Dari pakar ‘Smart Driving dan ‘Smart Riding‘ yang didatangkan khas bagi menjayakan program.

kemalangan

Kehadiran “Pak Busu” Ikon Drift meriuhkan lagi deruman enjin di acara Drift. Pak Busu “OKU”berpengalaman berjaya memukau pengunjung dengan aksi drift yang hebat.

kemalangan

Program peringkat Zon Pantai Timur melibatkan Terengganu,Kelantan dan Pahang dijangka akan menjadi program tahunan SMJPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, disingkat JPJ), adalah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab mengeluarkan plat nombor Malaysia.

Ibu pejabatnya berada di Tahap 1-5, Blok D4, Kompleks D, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan pendaftaran dan pelesenan pemandu dan semua kenderaan dan treler di Malaysia. Menurut Akta Pengangkutan Jalan, kewajipan penguatkuasaan dan pengawalseliaan adalah di bawah peranan dan tanggungjawab JPJ. Ketua Pengarah jabatan sekarang ialah Dato ‘Sri Shaharuddin bin Khalid

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here