International Royal Enfield Jamboree 2019 – BALI

1595

Komuniti motosikal Royal Enfield Indonesia, Royal Riders Indonesia (RoRI)  akan mengadakan International Royal Enfield Jamboree 2019.

Acara yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Ogos 2019, bertempat di Bali.

Dijangka peserta dari luar negara akan turut serta memeriahkan acara tersebut memandangkan ianya bertaraf antarabangsa.



National Presiden Royal Riders Indonesia, Donny Hendaris menjelaskan bahawa Jamboree Royal Enfield Antarabangsa tahun ini akan menerima pengunjung anggaran 2000 hingga 3000 orang.

“Bukan sahaja dari Indonesia, pemilik Royal Enfield dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, India, Singapura dan Malaysia di jangka akan hadir diacara,” ujar Donny.

Pada International Royal Enfield Jamboree 2019 kali ini, RoRI mengutamakan 3 aspek utama iaitu, persahabatan antara negara, budaya Indonesia, dan pemuliharaan terhadap alam sekitar.

Lokasi acara ini ialah di Melasti Beach, Ungasan, Bali.

Menurut Pengarah Komunikasi Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Joseph Sinaga.”Kami mahu memperkuat hubungan antara pencinta Royal Enfield dan dua roda di rantau Asia Pasifik.”

Juga memperkenalkan kepelbagaian budaya Nusantara dan bersama-sama menjemput para peserta untuk melindungi alam sekitar melalui pembersihan pantai Melasti.

“Ini adalah satu bentuk pengabdian dalam melindungi alam sekitar destinasi pelancongan utama Indonesia, iaitu Bali,” ujar Joseph.

Bagi anda yang berminat menyertai Antarabangsa Royal Enfield Jamboree 2019, Anda boleh layari laman sesawang royalriders.id

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here